<body> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=3054107564476057249&blogName=url.blogspot.com&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLACK&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Furl.blogspot.com%2Fsearch" height="30px" width="100%" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" id="navbar-iframe" frameborder="0"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Welcome to url.blogspot.com
Tuesday 24 July 2012Y
Pertemuan Kami - 01

"Ahhhhh! comelnyee!" Jeritan yang amat membingitkan telinga dikeluarkan. Suasana kelas yang tadinya bising bertukar mendadak menjadi seperti di perpustakaan. Semua pelajar menoleh, mencari empunya suara itu.

"Ermm, sori, sori." Amyza menahan malu. Tangan kanannya diangkat tanda memohon maaf. Senyum kambing dibuat-buat.

"Apa kes kau ni nak jerit-jerit bagai?" Kening diangkat. Nathia memeluk tubuh, menunggu jawapan Amyza.

"Hehe. Sori, secara spontan tadi. Tak, tadi aku nampak 'harry potter' lalu tadi. Comelnye die ~" Amyza memandang kawan-kawannya sambil tersenyum, Senyuman penuh makna. Bahagia nampaknya.
Nathia, Safira dan Izara hanya mampu menggeleng.

Itulah kami dalam kisah ini. Empat sekawan yang ditemukan dengan takdir Allah S.W.T. Semuanya bermula dengan ABC. Ending, hanya Allah yang tahu. Sesungguhnya sesuatu pertemuan itu ditentukan oleh Allah dan mempunyai hikmahnya. 

"Hahh!" sergah Amyza. Sergahan itu hampir-hampir membuatkan Izara mahu jatuh kerusi. Kalau lah anak dara ini ada penyakit jantung, sudah lama dia jatuh pengsan. Apa yang dia mampu buat, bersabar.
"Kau ni kan , kalau tak sergah aku , kalau tak sakat aku, memang tak sah kan?" marah Izara , mengetap bibirnya.
"Hehe. Kau ni macam tak tahu pula. Menyakat kau tu kan hobi aku. Kau pun, asyik termenung je. Kenapa?"
"Mana ada lah." nafi Izara, menjeling. Dialihkan pandangannya ke luar tingkap

Kebetulan, kelas yng mereka diami itu terletak di tengah-tengah laluan pelajar. Jadi, amat sukar untuk mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Tambah-tambah lagi pada waktu rehat tingkatan dua, mereka pasti akan mengadakan sesi 'usha-mengusha'. Budak-budak kan, biasalah.

 *********************************

Amyza, dari permulaan sekolah lagi dia sudah 'terpandang' dengan seorang mamat ini. Lebih kata lain, tersuka. Namanya Zulhairi, pelajar tingkatan dua yang mukanya seiras-iras dengan 'Harry Potter'. Memang sudah lama angau budak ini.

Nathia pula, berkenan dengan seorang ahli nasyid ini. Namanya Ashraaf, sebaya dengan Zulhairi.

Lain pula bagi Safira dan Izara. Kadang-kadang cemburu juga melihat rakan-rakan mereka. Walaupun hanya syok sendiri. Bila diingat-ingat balik, mahu ketawa pun ada. Keanak-anakan betul!

ends at 22:36

Sunday 15 July 2012Y
first fiction

assalamualaikum .. hyep everyone (!)
tahun depan , aku dah jadi PMR VICTIM . so, tahun depan dah NO LINE TO ONLINE .

apa yang aku nak tulis maybe akan mengakibatkan persalahfahaman . so, aku mintak maaf dulu lah . apa yang penting, benda alah ni just hiburan dan insyaallah boleh dijadikan kebaikan untuk kehidupan masing2 .
<ayat skema>
hope terhibur and terima kasih . ^^ <3

ends at 10:34